SELAMAT DATANG KE BLOG ILMIAH INI . HARAP BLOG INI DAPAT MEMBANTU UNTUK MENAMBAH ILMU KAWAN-KAWAN SEMUA . SELAMAT MEMBACA ^_^y

Monday 6 May 2013

DEFINISI MEMBACA

Definisi Membaca





Apa itu membaca ?

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 “baca” bermaksud melihat isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan cara meneliti dan memahami makna dan tujuan isi tersebut. Mahzan Arshad (2008:158) pula mendefinisikan membaca sebagai suatu proses yang dilakukan pembaca bagi membentuk atau memberikan makna terhadap teks yang dibacanya sebelum membuat keputusan. Menurut Safiah (1985) membaca adalah proses memahami dan membina pemahaman kerana jika kita tidak memahami apa yang dibaca bermakna kita tidak membaca. Zulkifley Hamid (1994) menerangkan bahawa membaca sebagai suatu proses pembaca mengenal lambang – lambang tulisan , menterjemahkannya kepada bentuk bunyi yang dilambangkan dan mendapat makna bagi bentuk tulisan tersebut. Robert Lado (1964) menyatakan bahawa membaca sebagai ungkapan pola – pola bahasa daripada bentuk tulisannya . Anderson dan Pearson (1984) mentakrifkan membaca sebagai suatu proses pembentukan dan pemberian makna menerusi interaksi antara pembaca denagn bahan yang dibaca ataupun proses membina jambatan antara bahan yang dibaca dengan pengalaman latar si pembaca. Kedua – dua aktiviti , membaca dan memberi makna adalah proses yang konstuktif dan saling bantu – membantu antara satu sama lain . 

Pemahaman makna yang dipeolehi pembaca daam proses ini berlangsung daripada pengetahuan latar yang dipunyai oleh pembaca dan pengetahuan latar ini degerakkan oleh perkataan , ayat dan paragraf penulis dalam bahan yang dibacanya .Walaupun pembaca tidak perlu memahami setiap perkataan yang terkandung pada setiap ayat yang dibaca , tetapi pembaca perlu bijak menggunakan pelbagai petanda yang terdapat dalam bahan bacaan tersebut sebagai panduan bagi memahami maksud keseluruhan bahan yang dibaca. Proses ini disebut proses menaakul atau meneka maksud berdasarkan petanda yang terdapat dalam bahan yang dibaca.Menaakul bermaksud membuat tekaan berasaskan sesuatu petanda yang dapat dijadikan penduan dalam proses meneka tersebut. 

Seterusnya ialah proses interaksi atau peredaran maklumat antara pembaca dengan teks adalah asas bagi memahami bahan bacaan . Dalam proses memahami , pembaca akan menghubungkan antara maklumat yang baru dimuatkan oleh penulis dalam teks dengan maklumat lama yang terkandung dalam mindanya dan inilah dikatakan “membina jambatan” antara maklumat baru dengan maklumat lama.Menurut Rumelhart (1980) , maklumat yang terkandung dalam minda seseorang dikenali sebagai skema atau pengetahuan latar.Setiap individu mempunyai skema tentang sesuatu objek atau konsep. Menurut Anderson, Hiebert , Scott dan Wilkinson (1985) , membaca juga boleh dilihat sebagai satu proses memilih dan mengambil tindakan apabila pembaca menyesuaikan proses membaca dengan tujuan dan jenis teks yang dibacanya.

Proses menentukan apakah tujuan dan tindakan yang akan diambil ini berlaku serentak dengan proses membina makna daripada bahan yang dibaca . Hal yang demikian ini juga membawa maksud dalam mengatur strategi memahami pembaca akan mengawal pemikirannya atau melakukan metakognitif ketika membaca. Pengawalan pemikiran ini amat penting bagi memberikan manfaat yang sepenuhnya ketika membaca. Kawalan pemikiran yang baik akan menambah makna yang diperolehi daripada teks sekali gus menambah lagi skema dalam pemikiran pembaca. 

 Kesimpulannya , membaca adalah proses memahami makna isi teks yang dibaca oleh pembaca dan mencampurkan segala pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan yang baru diperolehinya.Jika seseorang tidak faham apa yang dibacanya bermakna dia tidak membaca kerana tiada maklumat baru yang diperolehinya.

3 comments: