SELAMAT DATANG KE BLOG ILMIAH INI . HARAP BLOG INI DAPAT MEMBANTU UNTUK MENAMBAH ILMU KAWAN-KAWAN SEMUA . SELAMAT MEMBACA ^_^y

Monday 6 May 2013

TEORI MEMBACA

Teori Membaca



Dalam teori membaca , terdapat tiga pendekatan utama yang sering digunakan iaitu pendekatan konseptual , pendektan empirikal dan pendekatan eksperimental. 

 a) Pendekatan Konseptual 

 Pendekatan ini diilhamkan oleh Kennet S. Goodman . Beliau berpendapat bahawa membaca merupakan proses komunikasi antara pembaca dan bahan bacaan yang dibacanya . Namun demi memperbaiki kelemahan pendekatan ini , kajian semula telah dilakukan . Oleh hal yang demikian , muncul Teori Transformatif Generatif ( TTG) oleh Noam Chomsky . TTG memperkenalkan satu model membaca yang dipanggil Goodmen ( The Gidman Model of Reading) yang menekankan bahawa membaca berada dalam kumpulan yang sama dengan merakam , mengekod , menyahkod dan akan berakhir dengan kefahaman dan komprehensif. 

 b) Pendekatan Emperikal

 Pendekatan ini meliputi pengalaman dan proses penghayatan membaca kerana menganggap membaca sebagai suatu proses berfikir dan suatu set kemahiran.Selain itu , membaca juga ditakrifkan sebagai suatu aktiviti visual dan juga sebuah pengalaman berbahasa. . 

c) Pendekatan Eksperimental 

Pendekatan ketiga ini memandang bahasa sebagai suatu proses atau perlakuan mendapatkan makna melalui pembacaan.Pendekatan ini melibatkan kaijian tertentu yang dilakukan terhadap satu set tingkah laku membaca yang dapat diperhatikan , dikaji dan kemudiannya dianalisis untuk dijadikan suatu teori. 

Teori-teori Proses Membaca 

Model Bottom Up 

Model membaca dari bawah ke atas ini dibincangkan oleh beberapa orang pengkaji. Namun demikian , tokoh utama yang banyak mengkaji model ini ialah Gough (1972, 1985). Model ini menyatakan individu memulakan proses membaca apabila matanya mengenal pasti maklumat visual yang tertera dalam teks yang dibacanya melalui siri perbuatan yang berterusan. Proses ini bermula secara linear iaitu bermula dengan mengecam dan mengenal pasti huruf, menghubungkan ciri-ciri bagi mengenal huruf, menggabungkan huruf bagi memilih pola ejaan iaitu fonem, menghubungkaitkan perkataan-perkataan dan akhirnya menghasilkan proses membina ayat, paragraf dan semantik. Model ini sangat bermanfaat bagi golongan membaca yang lemah dalam bahasa pertama dan bahasa kedua. Hal ini demikian kerana, golongan ini lebih memfokuskan tahap perkataan bagi teks daripada makna secara global. 

 Model Top Down

 Model membaca atas ke bawah ini berasaskan model psikolinguistik oleh Goodman (1967, 1970) dan Smith (1971, 1978). Model ini memberi penekanan terhadap pembaca dan pergerakan bahan bacaannya yang masih lagi bersifat linear tetapi bergerak dari atas ke bawah. Tambahan lagi teori ini mengemukakan fenomena di mana makna tidak terdapat di dalam teks yang dibaca tetapi makna diberikan oleh pembaca itu sendiri. Pembaca akan memahami teks yang dibaca walaupun tidak mengenal setiap perkataan yang dibaca. Demikian hal itu, pembaca akan menggunakan makna dan isyarat bahasa serta pengetahuan bahasa yang sedia ada bagi mengenal pasti perkataan yang tidak dikenali. Hal ini demikian kerana, fokus utama dalam pengajaran adalah membaca ayat, pragraf dan keseluruhan bahan bacaan. Di samping itu, perkara penting dalam bacaan adalah jumlah dan jenis maklumat penting yang diperoleh semasa melakukan aktiviti bacaan. Model Atas ke Bawah ini menunjukkan bahawa pemahaman teks adalah lebih penting berbanding penggunaan bahasa dan maklumat. 

 Model Interaktif 

Model interaktif merupakan model pembelajaran yang bersifat kognitif. Antara tokoh utama dalam model interaktif ialah Stanovich ,1980 dan Rumelhart, 1990. Berdasarkan model ini, pembaca mendapatkan makna daripada bahan bacaan yang dibaca melalui struktur permukaan bahasa, struktur dalaman bahasa serta melalui pengalaman dan pengetahuan sedia ada. Tambahan lagi, proses interaktif ini menggunakan cetakan sebagai input dan makna sebagai out put. Model Atas ke Bawah dan Bawah ke Atas boleh timbul secara silih berganti atau serentak dalam proses membaca bergantung kepada pembaca dan juga teks. Model ini mencadangkan pembaca membina makna dengan cara memilih maklumat daripada semua sumber makna tanpa mematuhi mana-mana arahan. Namun begitu, pembaca hendaklah menggunakan semua peringkat proses membaca. 

 Model Transaktional 

Penyelidik utama dalam bidang penyelidikan bacaan berasaskan teori transaktional ialah Louise Rosenblatt yang juga merupakan pelopor teori. Beliau bersama rakannya bernama Dewey dan Bently mencadangkan bahawa pembelajaran bukan merupakan interaksi tetapi pembelajaran adalah transaksi. Dalam model transaktional ini, membaca merupakan proses membina makna daripada kombinasi pembaca tertentu, pada masa atau konteks tertentu, dengan teks tertentu. Ia merupakan suatu transaksi antara pengarang, pembaca dan teks. Jelasnya lagi , membaca adalah aktiviti memilih iaitu pembaca membawa perasaan, sikap, jangkaan, dan tujuan untuk setiap teks dan ia mambawa kepada makna atau penimbulan. Namun demikian, pendirian pembaca yang akan menentukan pengalaman yang diperoleh daripada teks itu. Kesimpulannya, model transaktional ini menunjukkan bahawa membaca merupakan proses yang melibatkan pembaca, masa atau konteks serta teks yang menghasilkan makna yang tersendiri.

No comments:

Post a Comment