SELAMAT DATANG KE BLOG ILMIAH INI . HARAP BLOG INI DAPAT MEMBANTU UNTUK MENAMBAH ILMU KAWAN-KAWAN SEMUA . SELAMAT MEMBACA ^_^y

Wednesday 8 May 2013

PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN MEMBACA

PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN MEMBACA

Terdapat pelbagai pendekatan yang dapat digunakan dalam mengajar membaca. 

1. Pendekatan Membaca Asas 

• Pendekatan ini menggunakan pelbagai kemahiran seperti tujuan rekreasi, mencari maklumat serta bimbingan. Ianya turut menekankan tentang kesinambungan pengulangan dan mengulangkaji perkara yang telah diajar sebelumnya. 
• Pendekatan ini juga memandang serius tentang pola dan perbendaharaan kata kerana guru perlu memikirkan cara untuk mencungkil kebolehan serta pengalaman yang dimiliki oleh pelajar dalam peringkat penguasaan kemahiran dalam bahasa. 

• Prinsip pendekatan membaca asas : 

a) Pengajaran meliputi perkembangan kemahiran. 
b) Guru membulatkan perkara penting yang ingin ditekankan. 
c) Mesti meliputi membaca secara terarah yang terbahagi kepada lima iaitu motivasi, persediaan latar belakang, menerapkan tujuan, membaca semula secara senyap atau lisan dan tindak balas serta perluasan. 

 2. Pendekatan Teknologikal 

• Pendekatan ini menekankan keupayaan untuk menghasilkan bahan pengajaran yang berurutan dan dapat dilakukan semula pada masa yang lain serta dapat dirasai oleh panca indera serta diberikan bukti tentang kebenarannya. 

• Objektif dalam sistem membaca : 

a) Program berdasarkan kriteria
b) Membaca berdasarkan kecekapan 
c) Sistem pengurusan kemahiran 
d) Membaca berdasarkan perspektif diagnostik. 

 3. Pendekatan Pengalaman Bahasa 

• Pendekatan ini merujuk kepada pelajar yang mempunyai perbezaan linguistic. 

• Kelebihan : 

a) Guru dapat menilai penggunaan sintaksis dan struktur ayat apabila menggunakan bahasa lisan. 
b) Dapat menggabungkan penulisan dalam mengarang cerita hasil daripada pengalaman seseorang. 
c) Dapat mengembangkan perbendaharaan kata dan sintaksis apabila pelajar menulis cerita daripada bahan yang didengari serta hasilnya akan membuatkan kesan yang lebih positif. 
d) Hubungan yang rapat antara belajar membaca dan kepentingan kepada pelajar sendiri, perhatian dan bahasa yang digunakan. 
e) Dapat menghasilkan kesepaduan dalam semua kemahiran berbahasa seperti berfikir, bertutur, mendengar dan membaca. 

 • Kekurangan : 

a) Memerlukan guru untuk mengakses pengalaman pelajar dan kemudian pengalaman itu disalurkan bagi tujuan perkembangan bahasa. 
b) Menyebabkan penggunaan perkembangan mental yang kompleks. 

• Kaedah Pengajaran dalam Pendekatan ini : 

a) Guru mesti berfikir dan dapat melahirkan rangsangan penulisan. 
b) Seseorang itu mesti menulis pemikiran yang diucapkan. 
c) Selain itu, membaca perkara yang ditulis. 
d) Membuat generalisasi berkenaan pola ejaan ayat yang ditulis. 
e) Menyatakan cara pemilihan dan penyusunan yang mempunyai kesan ke atas makna sesuatu ayat. 

4. Pendekatan Membaca individu 

• Pendekatan ini lebih mengutamakan kepada aspek pemeringkatan yang berbeza dengan pembacaan individu. 
• Ia juga mengutamakan aspek dalam pemilihan bahan bacaan yang mengaitkannya dengan keperluan, minat dan keupayaan seseorang untuk membaca. 

• Tujuan : 

a) Dapat menarik minat pelajar untuk membaca serta dapat memberikan komitmen dalam menjalankan aktiviti membaca sesuatu yang bernilai dalam hidupnya. 
b) Membantu untuk mengembangkan kecekapan kemahiran bahasa yang luas bermula dengan memilih kata yang mudah kepada aplikasi kemahiran bahasa dengan kandungan yang lebih kompleks. 
c) Menambahkan keupayaan pelajar untuk memahami dan menilai bahan bacaan. 

5. Pendekatan Membaca berasaskan Bahan Kesusasteraan 


• Pendekatan ini menekankan bahan-bahan kesusasteraan dalam bentuk yang paling asas. 
• Ia juga dapat membina kebolehan berbahasa kerana bahan sastera yang digunakan pada peringkat awal dapat mendorong pelajar untuk memahami aspek yang terdapat dalam struktur ayat. 
• Pelajar yang berbilang kaum di negara kita juga dapat memahami serta mengamalkan rasa saling bersatu dalam suatu kelompok apabila mereka belajar tentang penggunaan sastera melalui etnik yang lain. 

6. Pendekatan Pembacaan Lisan

• Pendekatan ini boleh dilakukan dengan menggunakan buku kerana ianya mempunyai bahasa yang mengulangi sesuatu bahan bacaan. 
• Guru perlu memainkan peranan dengan membaca teks yang terdapat dalam buku itu dan kemudiannya diikuti oleh pelajar. 
• Pada masa yang sama, guru dan pelajar boleh berbincang mengenai cerita yang disampaikan itu dan membacanya secara berulang-ulang. 

 7. Pendekatan Pembacaan Asas 


• Semasa guru menggunakan pendekatan ini, para pelajar perlu memberikan perhatian melalui beberapa aspek iaitu :

a) Mengembangkan konsep latar belakang dan perbendaharaan kata sebelum membaca. 
b) Mahir dalam mengemukakan soalan semasa membaca senyap bagi mengenalpasti dan menghapuskan kekeliruan serta bagi meningkatkan pemahaman pelajar. 
c) Penegasan lebih khusus ke atas kemahiran mendengar bahasa berbanding dengan kaedah membaca lisan.