SELAMAT DATANG KE BLOG ILMIAH INI . HARAP BLOG INI DAPAT MEMBANTU UNTUK MENAMBAH ILMU KAWAN-KAWAN SEMUA . SELAMAT MEMBACA ^_^y

Wednesday 8 May 2013

CARA MEMBACA

CARA MEMBACA




Bacaan Mentalis 

Bacaan mentalis merupakan bacaan yang disuarakan dalam hati mahupun untuk menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan sebarang suara. 
• Bacaan mentalis ini lebih pantas daripada bacaan mekanis kerana dalam bacaan mekanis seperti nada suara dan sebutan yang jelas adalah tidak diperlukan dalam bacaan mentalis. 
• Dilaksanakan selepas murid sudah mencapai kemahiran dan kecekapan bacaan mekanis. 
• Tujuan : 

a) Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dengan sendiri. 
b) Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dan memahami apa yang telah dibaca. 
c) Untuk melatih murid supaya membaca secara senyap dalam keadaan pantas. 
d) Dapat menggunakan kemahiran membaca secara senyap untuk mendapatkan pengetahuan. 
e) Dapat menggunakan kemahiran membaca mentalis untuk hiburan. 

• Aktiviti : 

a) Untuk kefahaman 
b) Bahan-bahan yang diajar pula mesti secara berperingkat bermula dari bahan yang sedikit dan senang kepada bahan yang banyak dan susah. 
c) Semasa sesi pembelajaran, guru memainkan peranan dengan membantu dan memandu murid-murid yang lemah. 
d) Guru juga menjalankan sesi soal jawab dengan membincangkan perkataan dan rangkai kata yang susah. 

Bacaan Mekanis 

• Bacaan ini merupakan bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang lebih jelas dan terang dengan menggunakan intonasi dan irama yang mengikut gaya membaca yang betul. Ia juga menggerakkan alat-alat pertuturan. 
• Dilaksanakan di kelas-kelas rendah atau pada peringkat kelas permulaan.
• Bacaan ini juga adalah untuk latihan teknik supaya kanak-kanak dapat menembunyikan bunyi-bunyi sebutan dengan gaya dan rentak irama yang sempurna. 

• Tujuan : 

a) Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul serta sangat jelas. 
b) Membolehkan murid agar membaca dengan menggunakan irama membaca yang betul. 
c) Mengembangkan atau mempelajari unsur bahasa seperti tatabahasa, kosa kata dan juga apabila pelajar menggunakan kamus. 
d) Membolehkan murid-murid tahu untuk menggunakan tanda-tanda baca serta tahu berhenti pada tempat berhenti betul. 

• Aktiviti : 

a) Guru memberikan satu petikan untuk bacaan yang bersesuaian dengan kebolehan dan umur murid-murid dalam suatu masa yang khas. 
b) Guru melakukan sesi soal jawab dan membantu murid dengan menggunakan perkataan dan rangkai kata yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan tersebut. 
c) Murid menyemak bacaan guru apabila guru membaca. 
d) Guru juga memandu murid-murid untuk membaca secara individu secara bergilir-gilir. 
e) Guru berbincang mengenai isu bacaan untuk menguji kefahaman murid dan ianya dilakukan sama ada secara lisan mahupun secara bertulis. 

Bacaan Intensif 
• Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asanya adalah bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir pelbagai bahan yang dibaca. 
• Memberi tekanan kepada kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. 
• Tujuan :

 a) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik dari segi sebutan, intonasi, lancer dan tahu dalam menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik. 
b) Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang sudah tertulis dalam bacaan itu dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertiannya dalam kamus. 
c) Membaca secara senyap dengan kepantasan yang baik. 
d) Untuk menilai atau mengulas tentang isi-isi yang telah diperoleh daripada bahan-bahan yang telah dibaca. 
e) Mengesan, memahami dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa. 
f) Mengenalpasti laras bahasa yang berbagai-bagai. 
g) Membuat rumusan atau kesimpulan hasil daripada bahan yang dibaca. 

• Aktiviti : 

a) Bahan-bahan bacaan intensif ini boleh dibincangkan bersama dengan pelajar di dalam kelas yang adang-kadang dianalisa dan seterusnya dijadikan asas dalam latihan menulis. 
b) Pelajar-pelajar patut dibenarkan untuk menggunakan kamus atau sebuah buku teks rujukan tatabahasa. 
c) Aktiviti dalam kelas juga hendaklah ditukar setiap hari. Sebagai contoh, mengkaji perkataan dengan menggunakan imbuhan, latihan perkamusan, latihan meneka maksud mengikut konteks dan membaca dengan laju. 
d) Soalan-soalan pula disediakan dalam bentuk objektif, bentuk salah betul, bentuk lisan ataupun bentuk jawapan bertulis. 
e) Segala kajian juga mesti secara mendalam.

1 comment:

  1. 온라인카지노 온라인카지노 카지노 카지노 코인카지노 코인카지노 bk8 bk8 카지노사이트 카지노사이트 sbobet ทางเข้า sbobet ทางเข้า starvegad starvegad 796

    ReplyDelete