SELAMAT DATANG KE BLOG ILMIAH INI . HARAP BLOG INI DAPAT MEMBANTU UNTUK MENAMBAH ILMU KAWAN-KAWAN SEMUA . SELAMAT MEMBACA ^_^y

Wednesday 8 May 2013

BELAJAR MEMBACA

Belajar Membaca 


Belajar membaca melibatkan proses membaca yang efisien. Apabila seseorang membaca, mata dan otak memainkan peranan penting seperti berikut : 




a) Mata 

Merakam maklumat yang berbentuk visual untuk diproses di bahagian otak. 
• Berlakunya kegiatan ginjatan, iaitu mata bergerak melompat-lompat ketika membaca 
• Antara ginjatan wujud satu tempoh yang dikenali sebagai penetapan 



b) Otak 

Maklumat yang diterima akan ditafsir 
• Maklumat yang diproses memerlukan tempoh masa dan had tertentu bergantung sebanyak mana maklumat yang diinginkan. 
• Otak perlu membuat pilihan terhadap maklumat yang diterima. 

Proses Membaca terdiri daripada dua proses membaca yang utama, iaitu: 

I. Proses Pengecaman 

Proses pengecaman melibatkan proses pengecaman kata yang berlaku di dalam otak. 
• Pengecaman perkataan berdasarkan kaedah fonetik, iaitu melibatkan penafsiran bunyi yang dibuat oleh satu huruf tertentu atau gabungan huruf. 
• Cara pengecaman keseluruhan melibatkan pengecaman perkataan secara keseluruhan 

II. Proses Pemahaman 

Selepas proses pengecaman perkataan berikutnya dalam bacaan ialah memahami makna. 
• Makna dipelajari melalui pengalaman yang diperolehi. 
• Semasa proses membaca serangkap ayat, frasa dan perkataan melibatkan mengaktifkan daya ingatan yang membenarkan kita untuk memahami makna mereka, iaitu mencari makna ( semantic priming) 
• Makna perkataan disimpan di seluruh otak dalam satu rangkaian, manakala setiap perkataan mempunyai model minda sendiri. Semakin kerap seseorang itu membaca semakin banyak model mindanya. 
• Boleh diandaikan di sini apabila pembaca menjumpai satu perkara baru, mereka akan bertindak membina model mental berkaitan perkataan tersebut dengan bantuan model – model yang sedia wujud dalam daya ingatan mereka.

PERINGKAT PROSES BELAJAR MEMBACA :


No comments:

Post a Comment