SELAMAT DATANG KE BLOG ILMIAH INI . HARAP BLOG INI DAPAT MEMBANTU UNTUK MENAMBAH ILMU KAWAN-KAWAN SEMUA . SELAMAT MEMBACA ^_^y

Wednesday 8 May 2013

PEMILIHAN BAHAN BACAAN

PEMILIHAN BAHAN BACAAN





Guru perlu mempunyai beberapa panduan umum bagi membuat bahan bacaan yang difikirkan sesuai digunakan di dalam kelas masing-masing berdasarkan beberapa faKtor yang perlu diambil pertimbangan.

 Antara pertimbangan tersebut ialah bahan yang sesuai dengan perkembangan usia pelajar dan bahan yang menarik pelajar untuk terus membaca. Bahan yang Sesuai dengan Perkembangan Usia Pelajar. Berikut ialah beberapa panduan yang dapat digunakan guru bagi membuat pemilihan bahan bacaan berdasarkan tahap perkembangan pelajar:

a) Bahan sesuai dengan tahap usia pelajar. 
b) Bahan sesuai dengan tahap kelancaran membaca pelajar. 
c) Jumlah bahan mencukupi bagi setiap kumpulan yang berbeza. 
d) Saiz huruf yang digunakan sesuai. 
e) Perkataan yang digunakan sesuai. 
f) Ayat yang digunakan sesuai. 
g) Bahasa yang digunakan sesuai. 
h) Konsep buku sesuai

Misalnya, bagi pelajar di tahap yang rendah iaitu bagi kanak-kanak peringkat prasekolah dan tahap satu, bahan yang menggunakan ayat berulang-ulang adalah penting bagi memperkukuhkan pengamatan pelajar terhadap huruf yang bercetak seperti yang dapat dilihat dalam sesebuah buku cerita. Ayat yang digunakan juga bertujuan untuk meningkatkan perbendaharaan kata anak-anak. 

Bahan bagi kanak-kanak peringkat umur yang awal ini juga memerlukan penggunaan jenis tulisan yang besar-besar, bergambar dan berwarna. Bahasa yang digunakan pula mudah. Kandungan cerita bagi kanak-kanak peringkat awal ini pula perlulah mempunyai plot yang mudah agar pelajar dapat membuat taakulan tentang apa yang berlaku seterusnya dan apakah pengakhiran cerita. Jenis bahan bacaan yang berbentuk cerita juga biasanya mengandungi nilai murni. 

Bahan bacaan pelajar di tahap yang rendah mempunyai muka surat yang sedikit iaitu antara 14 hingga 16 muka surat. Bahan yang Menarik Pelajar untuk Terus Membaca Ciri ini perlu ada pada sesuatu bahan yang dipilih untuk digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu. Pada peringkat rendah, buku yang dipilih perlulah dapat menarik minat pelajar berdasarkan persembahan ilustrasi dan kandungan cerita yang menarik. Ilustrasi luar yang menarik akan dapat menjadikan pelajar pada peringkat ini berminat untuk mengetahui kandungan dalam sesebuah buku. Contohnya Kulit yang menarik, mutu kertas yang baik, penjilidan yang kukuh, 

Saiz huruf/cetakan yang besar daripada cetakan biasa, Jenis huruf yang diperakukan dan cetakan huruf tidak bertindih atas gambar supaya tidak mengelirukan kanak-kanak. Bahan yang mempunyai kandungan yang menarik akan lebih diminati jika disertai dengan ilustrasi yang dapat memperkukuhkan lagi daya imaginasi pelajar yang membaca atau manatapnya sahaja. Bahan yang mempunyai kedua-dua ciri tersebut akan meningkatkan minat pelajar kerana mereka sentiasa ingin mengetahui apakah yang terkandung dalam halaman yang seterusnya ketika membaca. 

Bahan yang dapat menarik perhatian pelajar pada peringkat menengah pula merupakan bahan yang mempunyai kualiti bahasa dan sastera yang bermutu tinggi seperti bahan yang mempunyai susunan plot yang rapi, watak yang pelbagai, tema yang utuh, gaya yang menarik dan sudut pandangan yang berkesan. 

Bahan begini akan menjadi bahan yang akan sentiasa diingati oleh sesiapa sahaja yang membaca, tidak mengira peringkat usia atau tahap persekolahan. Namun, guru perlu menimbangkan dari segi bahasa yang digunakan agar tidak terlalu melampaui kemampuan pelajar atau terlalu rendah jika dinilai berdasarkan usia dan tahap persekolahan mereka.

2 comments:

  1. BLOG yang bagus. Tahniah! teruskan usaha menambah bahan ilmiah untuk manfaat semua.

    ReplyDelete